Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Virus Zika dikesan dalam air liur

9:28am 07/02/2016 Pak Roshan 554 views Global
Rosana Vieira Alves (kanan) memandikan anaknya, LuanaVieira yang menghidap mikrosefali, sementara dua anaknya yang lain bermain di luar rumah mereka di Olinda, Brazil. Penyakit itu yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala kecil ada hubungan dengan Zika, virus bawaan nyamuk.

Rosana Vieira Alves (kanan) memandikan anaknya, LuanaVieira yang menghidap mikrosefali, sementara dua anaknya yang lain bermain di luar rumah mereka di Olinda, Brazil. Penyakit itu yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala kecil ada hubungan dengan Zika, virus bawaan nyamuk.

Rio de Janeiro: Pihak berkuasa Brazil semalam berkata, virus Zika dikesan dalam air liur dan kencing pesakit.

Zika yang dikaitkan dengan kecacatan bayi di Brazil, dipercayai disebarkan menerusi gigitan nyamuk.

Bagaimanapun, laporan terbaru yang mengatakan ia juga boleh dijangkiti menerusi seks dan pemindahan darah serta kehadiran virus itu dalam air liur dan air kencing dua pesakit mencetuskan kebimbangan baru.

Kemungkinan virus itu hadir dalam cecair tubuh manusia akan menyulitkan lagi usaha mengawal virus itu merebak.

Sehubungan itu, ketua institusi kajian perubatan Brazil yang mengumumkan demikian menggesa wanita hamil supaya tidak mengucup orang asing ketika karnival samba yang berlangsung di negara itu ketika ini.

Zika kini tersebar luas di benua Amerika sehingga memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan keadaan darurat kerana kaitannya dengan mikrosefali, keadaan yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala kecil.

Setakat ini, belum ada ubat atau rawatan untuk virus itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Colombia berkata, tiga penduduk negara itu mati akibat Zika. .

Ia kenyataan rasmi pertama dikeluarkan kerajaan Colombia yang menyalahkan virus itu sebagai punca kematian.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan negara itu, pesakit berkenaan mati selepas dijangkiti virus itu dan menghidap kecelaruan neurologi yang dinamakan sindrom Guillain-Barre, sesuatu yang jarang berlaku. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan