Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

VIRUS SELESEMA BURUNG DIKESAN DI KAMPUNG LAYA-LAYA DAN ESTET KAMPUNG TENGHILAN, TUARAN

KOTA KINABALU: Dua sampel dari dua lagi kawasan di Tuaran dikesan positif virus selesema burung iaitu di Kampung Laya-Laya dan Estet Kampung Ladang Tenghilan.

Operasi pelupusan unggas telah dimulakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterina Sabah di kawasan tersebut sejak semalam sehingga esok, kata Pengarah Operasi Pengurusan Wabak Selesema Burung Tuaran Dr Suhaili Lusin.

Menurut beliau, dua kawasan ini disahkan positif wabak selesema burung sejak 23 dan 24 Ogos lepas.

Dr Suhaili Lusin. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Dia berkata, berdasarkan pemeriksaan JPV, tiada ladang komersil penternakan ayam di kawasan itu dan hanya terdapat ayam yang dipelihara oleh penduduk kampung.

Beliau berkata operasi pelupusan akan meliputi satu kilometer radius dari kes jangkitan dan antara kawasan terlibat ialah Desa Sri Taman Jaya Kg. Laya-Laya, Taman Layar Impian, kawasan perumahan Laya-Laya, Ladang Buaya dan Kg. Hope.

Manakala di Tenghilan kawasan terlibat adalah Kg.Ladang Estet, Kg. Linsuk, Kg. Kogosingan dan Kg. Tampasak Gamaron.

Dr Suhaili menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat agar memberi kerjasama dengan JPV Tuaran dalam usaha menangani wabak Avian Influenza di Tuaran.

Mengulas kes jangkitan pertama di Kauluan awal Ogos lepas, Dr.Suhaili menjelaskan keadaan di sana terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 21 hari ini.

Komen


Berita Berkaitan