Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

VIRUS BAHAYA TIDAK REDA DAN TIDAK IKHLAS

Gambar Hiasan

 

Sifat ini sangat bahaya untuk kita semua.

Reda

Insan yang tidak reda dengan apa yang dihadapinya dan dengan apa yang dialaminya adalah mereka yang tidak berpuas hati dengan ketentuan Allah S.W.T terhadapnya.

Tidak ada satu perkara pun yang terjadi di dunia ini, berlaku tanpa diizinkan oleh Allah S.W.T. Apa sahaja perkara baik, mahupun perkara buruk yang berlaku ke atas kita, kesemuanya telah diizinkan oleh Allah S.W.T.

Tanpa Allah izinkan, pastinya ianya tidak akan berlaku dan tidak ada satu perkara pun yang Allah S.W.T izinkan berlaku itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah besar disebalik satu-satu kejadian itu.

Kesemua ini perlu dipandang menggunakan mata hati. Mata zahir tidak akan mampu untuk menterjemahkannya. Kerana mata zahir ini adalah mata nafsu yang mana ianya atas dorongan syaitan.

Belajarlah untuk reda dengan ketentuan Allah S.W.T dari reda akan lahirnya syukur. Insan yang tidak reda adalah insan yang tidak tahu bersyukur.

Ikhlas

Manakala insan yang tidak ikhlas pula adalah insan yang telah menyekutukan Allah S.W.T dengan makhluk. Dosa ini adalah dosa yang sangat besar iaitu dosa mensyirikkan Allah S.W.T.

Manusia yang tidak ikhlas ini melakukan sesuatu untuk kepuasan nafsunya. Untuk manusia yang dia sayangi, untuk manusia yang dia takuti, untuk makhluk yang dia hormati dan dia sanjungi.

Sedangkan kesemua yang kita miliki merupakan hak milik Allah S.W.T. Merupakan pinjaman sementara semasa di dunia ini. Perlu dipergunakan kesemua pinjaman ini untuk mencari reda Allah S.W.T semula.

Manusia yang tidak ikhlas telah mempergunakan hak Allah S.W.T untuk makhluk lain selain Allah S.W.T. Tanpa keikhlasan, tiada sebarang pahala kebaikan untuknya. Tiada keberkatan, jauh dari rahmat Allah S.W.T.

Malah pada mereka yang tidak ikhlas ini, pasti akan didakwa di mahkamah Allah di akhirat kelak. Tentang syirik yang dilakukan semasa di dunia. Menyekutukan Allah S.W.T dengan makhluk lain.

Tidak ada satu perkara pun akan terlepas walaupun sebesar zarah. Kesemuanya akan dihisab. Mahkamah Allah S.W.T sangat adil dan sangat terperinci.

Berapa banyak perkara yang kita lakukan setiap hari? Yang mana kita melakukannya bukan atas sebab mencari reda Allah S.W.T. Malah kita menggunakan;

#1- Umur kita (milik Allah S.W.T)
#2- Tenaga kita (milik Allah S.W.T)
#3- Akal kita (milik Allah S.W.T)
#4- Harta benda kita (milik Allah S.W.T)

Untuk keperluan nafsu kita dan untuk makhluk lain selain Allah S.W.T. Sedangkan kesemua itu milik Allah S.W.T. Kita tiada sebarang daya upaya dan sebarang kekuatan, kesemuanya milik Allah S.W.T.

Kita ini hanyalah hamba Allah S.W.T yang pasti akan dijemput oleh Allah S.W.T untuk diadili atas setiap perkara yang kita usahakan semasa di dunia.

Sekali lagi diingatkan, bahawa kita ini hanyalah hamba Allah S.W.T yang perlu mengabdikan diri kita hanya untuk Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Tidak akan Ku jadikan jin dan manusia di dunia ini selain daripada untuk beribadah kepada Aku…”

Oleh itu, berusahalah sungguh-sungguh untuk menjadikan diri kita insan yang benar-benar ikhlas dalam melakukan semua perkara.

Pastikan setiap perbuatan yang kita lakukan, hanya untuk mencari redaserta kasih sayang Allah. Semoga kita tidak terlambat untuk membetulkan keadaan, jangan jadi hamba nafsu dan jangan jadi hamba dunia.

Jangan sesekali tertipu dengan dunia ini yang mana ianya adalah senjata utama yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia. Allah S.W.T adalah yang menjadi Pemilik diri kita serta pemilik seluruh alam ini.

oleh: Tazkirah.net

(Sumber: www.islamituindah.my)

Komen


Berita Berkaitan