Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

VIRUS AVIAN INFLUENZA DI KAULUAN ADALAH VARIAN H5N1

Datuk Dr Christina Rundi. Gambar Fail SNT

KOTA KINABALU: Virus Avian Influenza yang dikesan di ladang ternakan di Kampung Kauluan, Tamparuli adalah varian H5N1 yang boleh berpindah dari haiwan ke manusia tetapi setakat ini tiada kes sedemikian yang ditemui di kawasan terjejas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi turut memberi jaminan bahawa Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah dalam tahap bersedia untuk menghadapi wabak selsema burung.

“Setiap tahun kami ada simulasi supaya kami bersedia dan kami juga mempunyai pelan tindakan sekiranya berlaku kejadian wabak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Persekutuan dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata kes di Kampung Kauluan adalah terpencil dan tidak perlu diperbesarkan daripada keadaan yang sebenar sehingga menimbulkan kesan negatif kepada negeri amnya.

Sebaliknya, Dr Christina menasihatkan orang ramai yang mengetahui ada kematian unggas di kawasan mereka untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, pemusnahan ayam di ladang ternakan di Kampung Kauluan dan kawasan lingkungan satu kilometer oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar masih berjalan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan