Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Video : Viral ‘ Anak Patung’ Boleh Berjalan Di Mexico

11:10am 14/06/2016 Pak Roshan 40 views Global

patung

Sebuah video yang menyeramkan, ia menunjukkan ‘anak patung’ yang boleh berjalan ketika tuannya memegang tangannya menjadi viral di media sosial. Ramai yang menyebut bahawa video ini mengandungi unsur mistik.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan anak patung yang mengenakan gaun merah muda dengan rambut perang berjalan-jalan dengan seorang wanita tua di halaman sebuah rumah di Saltillo, Mexico.

Pemilik anak patung, Rosalba Valdez Alvarado, memuat naik video itu bahawa anak patung itu tidak mempunyai bateri dan belum lagi diubahsuai.

Dalam video tersebut, pemilik anak patung itu menjemput orang lain untuk berjalan sambil berpegangan tangan dengan gadis itu.

Bagaimanapun, ketika mereka cuba untuk melangkah, anak patung itu berhenti, anak patung itu hanya akan bergerak apabila tuannya sahaja yang memegang tangannya.

Video ini dimuat naik oleh pengguna rangkaian sosial Guillermo Rios dan telah dilihat 5.5 juta kali dalam masa tiga hari.

Menurut media tempatan, wanita itu seolah-olah telah tampil dalam program televisyen tempatan tentang kegiatan paranormal.

Netizen Dulce Janeth berkata, “saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak, tetapi dia yakin bahawa anak patung itu kena sihir.”

Guillermo Rios, lelaki yang menyiarkan video itu berkata, “Semua orang mengatakan bahawa itu adalah palsu, tetapi kita harus berada di sana untuk melihat bahawa video itu bukan tipu.” -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan