Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Video: Tergempar! Seekor Lagi Ikan Paus Ditemui Di Johor

10:49am 10/02/2016 Pak Roshan 383 views Mutakhir,Nasional

ikan-paus

PENDUDUK Johor sekali lagi digemparkan dengan penemuan seekor ikan paus di Muara Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat.

Ramai yang beranggapan bahawa ia adalah ikan yang sama seperti yang ditemui sebelum ini tetapi masih belum dapat dipastikan jika ia adalah paus yang sama dijumpai di Pontian baru-baru ini, lapor Balai Polis, Semerah.

Paus, seekor haiwan vertebrata akuatik, disebabkan lengkungan pektoral dan pelvis yang kecil dari saiz badan, ia bergantung pada keapungan air sahaja tapi disebabkan sudah berada di muara, tak mempunyai keapungan air yang kuat, dan atas faktor itu ikan tersebut terdampar di sana.

Walaubagaimanapun, ikan tersebut dilaporkan mati oleh Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah.

Muhammad Zulkarnain berkata usaha untuk menarik bangkai ikan paus tersebut masih gagal sehingga 9 malam semalam kerana faktor air surut dan ia akan disambung pagi ini. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan