Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Video: Tergamak Kau Buat Macam Ini…

MALANG nasib seekor anjing apabila dibiarkan tertambat dan tercekik di hadapan rumah setelah dianiaya oleh pemiliknya yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian di Lucena wilayah Calabarzon, Filipina itu, insiden tidak berperikemanusiaan itu dirakam salah seorang jiran kepada pemilik haiwan tersebut.

Menerusi video, anjing malang itu bukan sahaja dilihat kehausan dek dijemur di bawah matahari terik, malah terseksa dalam keadaannya yang tidak dapat duduk mahupun baring dengan sempurna.

Bimbang melihat keadaannya yang terkapai-kapai dalam keadaan’nazak’, seorang wanita tampil cuba memaklumkan perkara itu kepada empunya haiwan.

Namun usahanya sia-sia apabila pemiliknya enggan mengambil peduli dan membiarkan saja anjingnya dalam keadaan terseksa seperti itu.

Nemie Zaballero Caruruca, individu yang merakam video itu dari tingkat atas kediamannya mengatakan sebelum ini dia sendiri pernah cuba melepaskan anjing tersebut. Namun, kolarnya telah dikunci dengan mangga.

Apa yang dia mampu lakukan hanya meletak bekas tong untuk dijadikan sebagai tempat bergantung sementara dan membasahkan anjing itu yang kepanasan.

Lebih mengejutkan, anjing itu dirantai oleh pemiliknya dalam keadaan seperti itu setiap hari menurut Nemie.

“Ini anjing jiran kami. Saya tak tahu bagaimana dia tergamak memperlakukan anjingnya seperti ini di bawah cuaca panas terik ini setiap hari.

“Kalau kamu tidak mampu menjaga haiwan ini, berikan saja kepada orang lain,” tulis Nemie seperti yang dipetik Dailymail.

Video yang tular di media sosial itu juga sehingga kini telah ditonton lebih enam juta kali dan mengundang kemarahan netizen. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan