Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Video: Syahdu, Hilang 3 Anak Pada Hari Bapa

9:04am 20/06/2016 Pak Roshan 5326 views Global

mati

SAMBUTAN Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun pada saban tahun adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang bapa dalam memberi didikan dan membesarkan anak-anak mereka.

Pada hari istimewa ini, kebanyakan anak-anak meluangkan masa berkualiti menyambut Hari Bapa dengan membawa bapa masing-masing keluar makan di restoran bagi tujuan itu.

Namun, jangan sesekali kita lupa dengan golongan tidak bernasib baik yang tidak dapat menyambutnya malah dia juga telah ‘dilucutkan’ gelaran bapa gara-gara anaknya maut dalam serangan hendap pengganas di Syria, semalam.

Video di bawah ini menyaksikan pemandangan menyedihkan dan syahdu apabila seorang bapa kehilangan tiga orang anaknya dalam sekelip mata.

Tidak tertahan air mata melihat seorang bapa terpaksa mengharungi kenyataan bahawa anak-anak yang dibesarkannya kini hanya tinggal jasad yang tidak bernyawa di hadapan matanya. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan