Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Video: Suami Panjat Kereta Gara-Gara Terlafaz Talak

4:19pm 10/04/2016 Pak Roshan 7870 views Aktiviti,Mutakhir

merayu

GARA-GARA terlafaz talak, seorang lelaki menyesal tak sudah hingga sanggup bertindak nekad ‘bergayut’ di kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai bekas isterinya, dengan harapan wanita itu menerimanya kembali.

Menerusi rakaman video yang kini mendapat lebih 6,000 perkongsian di media sosial, lelaki itu dilihat sanggup memanjat kereta yang masih bergerak dan enggan turun walaupun pemandu berulang kali menyuruhnya berbuat demikian.

Jelas kedengaran, lelaki tersebut merayu pemandu agar keluar sambil mengetuk cermin kereta.

Beberapa minit kemudian, penduduk sekitar dilihat mula campur tangan dan meminta lelaki terbabit turun dari kereta lalu dia dilihat seakan memberitahu ‘ini urusan rumah tangga’.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video ‘suami bergayut’ ini melahirkan rasa simpati kepada kedua-dua pihak namun kebanyakannya menyalahkan tindakan si suami yang dikatakan gila talak.

Watch out every single words yang keluar dari mulut…pengajaran ye macam ni rupenye gile talak,” tulis Mis Bie Ballerina.

“Pendek kate kerana MULUT lelaki nie dia gile talak. Dan kerana MULUT perempuan tu mencarut ramai kecam. So kat sini. Jaga mulut. Telajak kereta kau bole jalan,reverse, jalan, reverse macam dalam video nie tapi kalau dah telajak kata? Lu pikior lah,” kata Nur Amira.

Talak memang mudah diucap namun bahana selepas ia diungkapkan kadangkala tidak tersangka oleh ‘pelontar’ talak itu sendiri, jadi hati-hati kerana ia membabitkan hukum agama.

Sehingga sekarang lanjutan kes ini belum diketahui namun diharapkan ianya sudah diselesaikan secara baik. – MYNEWSHUB

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan