Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sekurangnya 4 Maut Taufan Chaba Landa Busan, Cetus Gelombang Ombak Tinggi

12:13am 06/10/2016 Pak Roshan 2637 views Global

banjir


Korea Selatan, 5 Okt – Taufan Chaba yang melanda di beberapa bahagian di Korea Selatan, termasuk Busan, telah menyebabkan ribut kencang, hujan lebat dan juga gelombang ombak kuat sehingga air melimpah dan menjejaskan kawasan penduduk.Setakat ini, bencana itu dilapor telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat nyawa dan tiga yang lain hilang.Menurut laporan koreanherald, bahagian yang paling teruk terjejas adalah pulau Jeju dan beberapa kawasan di bandar Busan serta Ulsan.

Di media sosial, hashtag #prayforbusan mula menjadi trending bersama dengan beberapa video kejadian yang merakamkan ribut itu mengganas dan ombak melimpahi sempadan seterusnya menjejaskan kawasan penduduk.

Antara video yang dimuat naik termasuklah detik cemas penumpang sebuah kenderaan yang dipercayai bas apabila kenderaan itu dihempas dengan ombak yang kuat.

Taufan Chaba kini dilaporkan dalam perjalanan ke negara Jepun.

Sumber : Korean Herald, abc.net.au / SiakapKeli
busan busan busan busan busan2 busan3

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan