Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Video : Pesawat Mendarat Cemas DI Lebuhraya New Jersey

188

 

VIDEO ini memaparkan detik cemas sebuah pesawat yang dikatakan terpaksa mendarat cemas di sebuah lebuhraya yang sesak dengan kereta di New Jersey, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Kejadian dramatik tersebut dilaporkan berlaku berdekatan dengan pantai Jersey selepas juruterbang pesawat malang berkenaan dipaksa mendaratkan pesawat itu akibat kehilangan bekalan kuasa.

Pesawat ringan tersebut juga membawa beberapa pelajar dari sebuah sekolah tempatan Skydive East Coast.

Namun akibat daripada kecekapan juruterbang berpengalaman mengendalikan situasi cemas seperti itu, tiada kemalangan nyawa yang berlaku dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Saat-saat cemas yang berlaku itu telah dimuat naik di laman sosial oleh Jabatan Polis Perbandaran Stafford dan mula jadi viral di kalangan pengguna facebook. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan