Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Video: Lelaki Terselamat, Kena 13,000 Voltan Renjatan Elektrik

1:45pm 06/11/2015 Pak Roshan 514 views Global

w1

INILAH yang dikatakan satu keajaiban!

Seorang lelaki dari Colombia ini ternyata beruntung kerana nyawanya masih panjang walaupun selepas terkena 13,000 voltan renjatan elektrik di negara itu.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Barranquilla itu memperlihatkan Rioler Martinez berada di atas pencawang elektrik rumahnya untuk membaiki sesuatu.

Walau bagaimanapun, hasil tindakannya yang berlagak ‘profesional’ itu telah mendatangkan musibah kepadanya selepas kayu yang dipegangnya telah menyebabkan satu renjatan yang mengakibatkan lelaki itu tergantung di atas pencawang itu.

UNILAD-Screen-Shot-2015-11-05-at-18.37.3024770

Menerusi video amatur yang dirakam, saksi kejadian kedengaran menjerit selepas melihat renjatan tersebut.

Mujurlah lelaki terbabit tidak maut dalam insiden itu.

Moral kisah ini ,janganlah berlagak bijak jika mahu kendalikan situasi seperti berikut. Lebih baik rujuk kepada yang lebih pakar. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan