Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

VIDEO : Lagi Kejadian Buli Melibatkan Pelajar Perempuan

1:38pm 23/11/2015 Pak Roshan 692 views Jenayah,Mutakhir

demn2

RAKAMAN video seorang pelajar perempuan disepak, ditampar dan dipermalukan oleh rakan sebayanya tersebar di laman sosial.

Difahamkan, kejadian buli itu berlaku di sebuah sekolah menengah dekat Sematan, Sarawak.

Berdasarkan video 2 minit 51 saat itu, mangsa hanya kelihatan mendiamkan diri, menangis dan tidak melawan apabila diperlakukan sedemikian oleh dua orang pelajar perempuan yang tidak berpuas hati dengannya.


Pelajar Perempuan Di Semantan Dipermalukan… oleh mynewshub

Menurut maklumat daripada pemuat naik, mangsa didakwa telah memfitnah dua pelajar terbabit menyebabkan mereka berang dan nekad ‘mengajar’ mangsa di dalam kelas yang dipercayai berlaku pada waktu rehat.

Kejadian itu disaksikan oleh beberapa pelajar lain termasuklah beberapa pelajar lelaki namun tiada seorang pun yang tampil bagi membantu mangsa mahupun menghentikan perbuatan dua pelajar terbabit.

Kami memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap dua pelajar berkenaan kerana budaya membuli ini nampaknya semakin menjadi-jadi.

-MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan