Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Video: ‘Kau Nak Buat Uber Kat Sini? Tak Boleh!’

1:33pm 25/09/2016 Pak Roshan 2045 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

uber

DUA rakaman berasingan memaparkan beberapa pemandu teksi memarahi pemandu Uber yang didakwa merampas pelanggan mereka di Kota Kinabalu, Sabah, menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Miguelmutien Masterpiece, kedua pemandu berkenaan dimarah, dimaki hamun dan diberikan amaran agar tidak menjalankan perkhidmatan itu lagi di Sabah kerana menurut dakwaan kumpulan teksi itu, Uber tidak dibenarkan beroperasi di negeri itu.

Bukan sahaja pemandu Uber menjadi mangsa, malah penumpang Uber turut menjadi mangsa makian mereka serta diminta keluar dari kereta Uber terbabit.

Berdasarkan dialog pemandu teksi berkenaan, mereka tidak mendapat sebarang pelanggan dari waktu pagi semalam hingga ke malam kejadian dan mendakwa pelanggan mereka ‘dirampas’ oleh pemandu Uber.

Malangnya, video yang dimuat naik oleh pemandu teksi itu sendiri bagaimanapun dikecam netizen. Bagi netizen, tindakan sekumpulan pemandu teksi terbabit enggan menerima kenyataan bahawa pengguna kini lebih memilih perkhidmatan Uber yang jauh lebih selesa dari teksi.

comment

Pengguna punya duit, bukan driver teksi punya duit. Hak pengguna untuk memilih menggunakan perkhidmatan siapa,” kata Putra Along.

Kalau teksi mmpunyai sistem yang sama sperti uber. Harga yg berpatutan mcm uber , service yang bagus sampai ambil ke depan rumah. Kemungkinan tak akan berlaku kes begini. Pengguna ada hak masing-masing untuk pilih the best for them. #noworrynowar ,” kata Marzain Matsun

Selain itu, netizen yang berasal dari Sabah juga mendakwa kadar tambang perkhidmatan teksi juga semakin mahal dan tidak masuk akal.

Kerana beberapa pemandu teksi perangai mcm ni habis yang lain pun kena tempias. Ko mau teksi ko kena naik ko pikir la rate kamu yang jauh lagi mahal. Apa hak oh suruh penumpang turun dari uber?,” kata Alfin Nasir.

Persoalannya di sini ialah apakah pengguna di Malaysia tidak berhak memilih perkhidmatan yang disukai sendiri? Sebaliknya perlu terus menghadap perkhidmatan teksi yang tidak begitu memuaskan? -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan