Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Video : Kapten Pesawat TransAsia Cuba Elak Bangunan, Jejambat

kapal taiwan

Juruterbang pesawat syarikat penerbangan TransAsia semalam diangkat dan dicanang sebagai wira di atas usahanya untuk mengelak daripada pesawat itu terhempas di kawasan yang padat dengan orang ramai.

Kapten pesawat itu dilaporkan bergelut untuk mengelak pesawat jenis ATR-72 itu daripada merempuh bangunan tinggi di kawasan perumahan berdekatan lapangan terbang sejurus membuat panggilan kecemasan.

Setakat ini, nahas pesawat itu sudah mengorbankan sebanyak 31 orang dan lebih banyak mayat dijangka akan ditemui.

Mayat yang sudah ditemui termasuk mayat juruterbang dan pembantunya, menurut laporan media tempatan.

Anggota pasukan penyelamat Taiwan masih berusaha mencari 12 orang penumpang yang masih hilang.

Nahas itu berlaku tidak berapa lama selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang di utara Songshan, Taipei.

Pesawat itu merempuh bahagian tepi sebuah jejambat sebelum terhempas ke dalam Sungai Keelung.

– MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan