Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Video: Janda 67 Tahun Kahwin Pemuda 24 Tahun

PERKAHWINAN seorang janda berusia 67 tahun dengan pemuda 24 tahun di daerah Desa Nampu, Gemarang, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini mendapat liputan meluas media sosial di negara itu.

Cinta Rokim Juri, 24 dan Tampi Tompo, 67, yang mula bertaut sejak setahun lalu membawa mereka ke jinjang pelamin pada 15 Mac lalu.

“Saya bernikah dengannya kerana cinta dan rasa belas kasihan. Saya sudah mengenali Tampi sejak saya masih berusia 16 tahun. Namun, rasa cinta itu muncul baru setahun yang lalu.

“Saya kasihan melihat dia hidup sebatang kara. Untuk itu saya menikahinya,” kata Rokim memetik laporan Madiun Pos.

Perkahwinan mereka diadakan secara sederhana di rumah pengantin perempuan di Desa Nampu, Kecamatan Gemarang sekitar jam 8 malam.

 Meskipun jarak usianya jauh berbeza dengan Tampi, namun dia mengaku dia tidak malu mengahwini wanita yang seusia dengan ibunya itu. Malah mengakui tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan perempuan lain sebelum ini.

Sementara itu, Tampi mengakui dia berasa amat bahagia setelah dilamar Rokim, hidupnya kini lebih tenang dan bahagia kerana ada lelaki yang mahu bertanggungjawab terhadap hidupnya.

Sebelum ini saya sudah pernah berkahwin dengan seorang lelaki berasal dari Ponorogo, tetapi dia telah meninggal dunia beberapa belas tahun yang lalu.

“Saya tidak mempunyai anak dengannya kerana saya mandul,” katanya.

Tampi juga berkata, berkemungkinan besar dia tidak akan memiliki zuriat dengan Rokim.

Difahamkan, keluarga Rokim bersetuju dengan pilihan pemuda itu lalu menghantar rombongan meminang Tampi yang seterusnya membawa kepada perkahwinan pasangan berkenaan dengan mas kahwin Rp50.000 (RM16.64).

Manakala, hanya Rp10 juta (RM3,328) dibelanjakan untuk majlis perkahwinan mereka.

Sebelum dipinang oleh keluarga Rokim, Tampi berterus terang bahawa dia bukanlah janda yang kaya dan tidak memiliki banyak harta.

“Majlis dibuat secara sederhana dan tak mengundang ramai orang. Tetapi pernikahan kami diketahui banyak orang dan banyak jiran yang datang.

“Duit Rp10 juta itu adalah duit saya dan Rokim yang digunakan untuk menyediakan makanan untuk dihantar pada tetamu dan jiran,” katanya yang bekerja sebagai tukang urut.  – mynewshub

 

Komen


Berita Berkaitan