Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Video: Budak Ini Hampir Jadi Makanan Singa

11:35am 05/06/2016 Pak Roshan 2905 views Global

kid

APA akan jadi kepada nasib kanak-kanak ini sekiranya tiada cermin gelas berkenaan?

Video yang dipaparkan ini menunjukkan seekor singa cuba menerkam seorang kanak-kanak lelaki yang pada mulanya dilihat merenung ke arah binatang buas tersebut.

Namun, usaha raja rimba itu tidak kesampaian berikutan ia dipisahkan dengan gelas kaca yang menutupi kandangnya di Zoo Chiba, Jepun.

Menurut seorang pakar yang mengkaji perihal singa, Adam Roberts, singa dilahirkan sebagai binatang yang sangat liar dan buas dan berdasarkan tingkah laku kanak-kanak itu yang merenungnya, singa itu merasakan budak itu sebagai mangsa yang perlu ditewaskannya.

“Sebab itu adalah normal melihat singa itu ingin menerkam ke arah kanak-kanak tersebut,” katanya.

Sementara itu, penjaga zoo di lokasi tersebut hanya menyebut binatang itu sekadar mahu ‘bergurau’ dengan kanak-kanak berkenaan.

Video ini muncul sehari selepas gorila jantan, Harambe ditembak mati selepas seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam kandangnya di Zoo Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

– MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan