Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

VIDEO : Budak Diberi Hukuman Suntikan Di Punggung Tersebar

12:12pm 04/11/2015 Pak Roshan 1287 views Aktiviti,Mutakhir

11

VIDEO seorang penjaga wanita di sebuah pusat asuhan yang memberi hukuman melampau kepada seorang kanak-kanak lelaki di Venezuela telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Wanita terbabit dikatakan telah menyuntik punggung budak lelaki yang dipercayai berusia 4 tahun itu dengan sebuah picagari tanpa belas kasihan.

Menurut laporan media tempatan, budak itu diberi hukuman kerana berkelakuan nakal namun tindakan yang diambil oleh wanita itu ternyata tidak masuk akal.

Menerusi video yang viral di negara itu, budak lelaki terbabit telah ditarik dari sebuah sudut dan seluarnya dilondehkan sebelum menjerit kesakitan akibat dicucuk dengan picagari terbabit.

Insiden itu juga membuatkan kanak-kanak lain turut menangis kerana ketakutan dan rata-rata netizen mengutuk dan mengecam perbuatan wanita itu.

Kini dia digantung dari pekerjaannya itu sementara pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes itu.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan