Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Video: Bapa Campak Anak Dari Tingkat 3 Untuk Elak Api

5-3

SEBUAH video memaparkan detik cemas seorang bapa mencampak anaknya dari tingkat tiga selepas kediaman mereka di Shanghai, China terbakar baru-baru ini, menyentuh hati netizen.

Bapa tersebut menaruh kepercayaan ke atas jiran-jiran untuk menyambut anak perempuannya memandangkan, itu sahaja jalan selamat yang boleh difikirkan ketika itu.

Nasib baik lemparan lelaki tersebut tepat pada tilam nipis yang dibentang jiran sekali gus menyelamatkan nyawa anaknya yang berusia tiga tahun.

Lelaki itu kemudian menuruni bangunan sebelum merebahkan diri ke atas tilam lantas disambut sekumpulan jirannya.

Bapa dan anak itu segera dikejarkan ke hospital dan dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil.

Ramai netizen memuji tindakan jiran-jiran lelaki berkenaan yang digelar sebagai hero kerana dalam keadaan panik, mereka berjaya menyelamatkan dua nyawa dari menjadi korban api marak. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan