Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Verdon: Artis tempatan Sabah memerlukan satu saluran untuk berjaya

10:02pm 16/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 118 views Hiburan,Tempatan
Verdon (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Deddy (kiri)

Verdon (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Deddy (kiri)

KOTA KINABALU- Semua artis tempatan negeri ini memerlukan saluran yang sesuai untuk mengetengahkan bakat mereka dalam industri kreatif di negeri ini, kata Pengerusi Skyline atau Skylaser Enterprise Sdn Bhd, Dato Verdon Bahanda.

Menurut Verdon, masalah utama yang dihadapi oleh para artis tempatan Sabah dalam memasarkan album atau lagu-lagu mereka ke peringkat yang lebih tinggi adalah kekurangan saluran bagi mengetengahkan bakat-bakat mereka.

“Sebenarnya banyak artis-artis tempatan yang berjaya memasarkan lagu-lagu mereka ke peringkat nasional jika dilihat dari segipengeluaran album ataupun lagu-lagu daripada Sabah ini, contohnya, Jimmy Palikat, dengan lagu Tanak Kampung yang dibuat sepenuhnya di negeri ini.

“Oleh itu, tiada alasan sebenarnya bagi orang kita untuk tidak berjaya di peringkat nasional. Kita cuma perlu mengetengahkan lagi bakat-bakat mereka ini melalui satu saluran ataupun usaha yang mana saya rasa bukan semua syarikat produksi daripada sabah bercita- cita ataupun mempunyai keazaman yang tinggi untuk membawa hasil-hasil karya ini untuk diketengahkan diperingkat nasional ataupun antarabangsa”, katanya.

Disamping itu, Penasihat FINAS Sabah dan Sarawak, Datuk Deddy M Borhan menyeru kepada para pemain Industri Kreatif agar sentiasa mementingkan kualiti dan bukan kuantiti.

“Di sabah ini, kita sememangnya mempunyai banyak penerbit, penulis skrip dan pengarah filem tetapi bagi saya, kita harus menekankan kualiti yang tinggi jika ingin bersaing di peringkat nasional mahupun global.

Tambahan Deddy lagi, Sabah masih belum ada syarikat produksi yang menyediakan fasiliti dimana dapat menampung keperluan bagi mengeluarkan satu produk yang bermutu.

“Jika kita hendak membuat filem yang lebih canggih seperti Hollywood, kita memerluka fasiliti yang lebih canggih seperti kemudahan fasiliti untuk tujuan penyuntingan.”, katanya. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan