Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Venom A johan bola tampar Piala Ketua Pemuda Upko

9:54pm 25/01/2016 Ann Vivien 33 views Sukan,Tempatan
Pasukan Venom A (berdiri) yang muncul sebagai johan bergambar kenangan bersama Ria Volleyball A (mencangkung) yang menduduki tempat kedua.

Pasukan Venom A (berdiri) yang muncul sebagai johan bergambar kenangan bersama Ria Volleyball A (mencangkung) yang menduduki tempat kedua.

KENINGAU: Pasukan Venom A muncul sebagai johan kejohanan bola tampar Piala Ketua Pemuda Upko Keningau anjuran bersama Pergerakan Pemuda Upko Keningau dan Belia Kg. Ria Keningau.

Naib johan pada kejohanan yang berlangsung di gelanggang bola tampar Kg. Ria pada Sabtu dan Ahad itu disandang oleh Ria volleyball A manakala tempat ketiga jatuh kepada pasukan Apin-Apin.

Kejohanan yang ditaja oleh Stephen Fadilis di dari kumpulan Toneplus sebagai penaja utama dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Upko Bahagian Keningau Lawrence Malibin.

Lawrence dalam ucapannya berkata, kejohanan itu dapat mencungkil bakat pemain-pemain muda dalam permainan bola tampar.

Katanya, penganjuran kejohanan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dikalangan golongan belia disamping menghindarkan mereka daripada kegiatan-kegiatan yang kurang sihat selain ingin mencapai kemenangan.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan