Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Vape Sah Diharamkan Di Johor Berkuatkuasa 1 Januari 2016

6:50pm 02/12/2015 Pak Roshan 93 views Isu Semasa,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

BERIKUTAN titah perintah dikeluarkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengharamkan rokok elektronik (vape) di Johor, kerajaan negeri Johor menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor telah memutuskan pengharaman rokok elektronik tersebut sah berkuatkuasa 1 Januari 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latif Bandi berkata, mereka yang ingkar bakal berdepan dengan tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKta 171) Undang-undang Kecil bahagian perlesenan.

Larangan berkenaan termasuklah memiliki, menjual dan menyimpan vape di premis perniagaan. Selain itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan denda antara RM500 sehingga RM2000 serta segala barangan berkaitan akan dirampas oleh pihak berkuasa.

Beliau menambah, pelaksanaan ini adalah wajar bagi memelihara kesihatan dan menjaga kesejahteraan rakyat negeri tersebut. Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor di atas saranan Baginda mengenai pengharaman vape di negeri berkenaan. – MYNEWSHUBCC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan