Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Vape Bawa Masalah Kesihatan Bukan Ekonomi

5:40pm 21/11/2015 Pak Roshan 52 views Isu Semasa
gambar hiasan

gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata perbincangan mengenai vape perlu memberi fokus terhadap isu kesihatan dan bukan kepada masalah perniagaan.

Presiden MMA Dr Ashok Zachariah Philip berkata rokok elektronik tidak akan memberi kesan dengan cepat dan berikutan itu penggunanya tidak boleh mendakwa mereka selamat apabila menggunakan vape.

“Kerosakan jangka panjang terhadap organ akan mengambil masa selama 15 hingga 20 tahun untuk berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ramai mendakwa cecair yang digunakan pada vape “selamat” kerana ia hanya bahan pewarna dan perasa selain sejumlah kecil nikotin dan propylene glycol.

Jelas beliau, hakikatnya bahan-bahan itu tidak selamat untuk disedut ke lapisan tisu halus paru-paru.

Beliau memberi contoh kayu manis yang boleh diambil melalui makanan tetapi akan membawa kesan tidak baik apabila dihisap asapnya.

“Semua bahan tambahan ini perlu dikaji dan disahkan selamat sebelum sebarang dakwaan dibuat,” katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan mengharamkan vape dan rokok elektronik selain merampas cecairnya. – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan