Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Van musnah terbakar di Jalan Sepanggar

4:14pm 28/02/2016 Leolerry Lajius 481 views Tempatan
Van yang musnah dalam kejadia tersebut.

Van yang musnah dalam kejadia tersebut.

KOTA KINABALU: Sebuah van musnah  terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di KKIP Selatan, Jalan Sepanggar semalam.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian tersebut pada jam 11.42 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 18 kilometer itu pada jam 12.22 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Jainal Ismail itu tamat pada jam 12.48 pagi.

Nombor  pendaftaran kenderaan tersebut  tidak dapat diperolehi kerana kebakaran memusnahkan keseluruhan van dan  pemilik kenderaan juga tidak berada di tempat kejadian.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan