Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

V Shem & Wee Kiong Kini Bergelar Beregu No 1 Dunia

9:27pm 10/11/2016 Pak Roshan 51 views Mutakhir,Sukan
Goh V Shem dan Tan Wee Kiong meraikan kejayaan mereka menewaskan beregu Denmark, Mathias Boe dan Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18. - Foto AFP

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong meraikan kejayaan mereka menewaskan beregu Denmark, Mathias Boe dan Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18. – Foto AFP

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

BWF yang mengemas kini ranking dunia terbaru itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe/Carsten Mogensen (67,534).

Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Oktober lepas.

Menurut laman sesawang www.bwfbadminton.org, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan