Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UTC Tawau Mula Beroperasi Mulai 15 Ogos Ini

6:09pm 25/07/2016 Pak Roshan 1947 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

utc

TAWAU : Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau akan mula beroperasi pada 15 Ogos ini, kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil.

Beliau berkata kunci premis di UTC berkenaan akan diserahkan secara berperingkat bermula hari ini kepada agensi yang bakal beroperasi di situ, antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Air, Perbadanan Pinjaman Sabah dan Jabatan Imigresen.

“Manakala kunci untuk perniagaan lain seperti kedai makan akan diserahkan pada 16 Ogos ini dan mereka akan beroperasi dua hari kemudian,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengurusan MPT, di sini hari ini.

Beliau berkata satu mesyuarat yang melibatkan agensi-agensi yang terlibat telah diadakan dan kesemua agensi berkenaan berpuas hati tetang kemudahan yang ada di kawasan UTC itu.

“Kita amat berpuas hati dengan prasarana yang disediakan oleh pihak kontraktor dan kita difahamkan bahawa kontraktor berkenaan masih mempunyai tanggungjawab selama setahun ke atas bangunan itu,” katanya.

Mengenai peniaga sedia ada di bahagian bawah bangunan UTC itu, Alijus berkata peniaga berkenaan tidak terjejas.

“Peniaga di tingkat bawah UTC yang sebelum ini yang dikenali sebagai Pasar Tanjung berjalan seperti biasa, bagaimanapun peniaga berkenaan perlu meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing,” katanya.

Bangunan UTC Tawau yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Tanjung terletak di tengah bandar raya itu yang kini berwajah baharu dan ia akan memudahkan orang ramai di sekitar daerah itu untuk melakukan pelbagai urusan selepas ia beroperasi kelak.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan