Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UTC Keningau dijangka akan dirasmikan Najib

9:52am 19/11/2016 Pak Roshan 181 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
UTC Keningau

UTC Keningau

KENINGAU: Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini yang sudah mula beroperasi awal minggu ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak awal tahun depan.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, UTC yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada tahun 2009 .

Katanya, setakat ini sebanyak 17 UTC telah diwujudkan di seluruh negara dan salah satu daripadanya adalah UTC Keningau selain UTCKota Kinabalu dan UTC Tawau di Sabah.

“Perkhidmatan UTC melibatkan sepuluh kluster seperti perkhidmatan gunasama kerajaan, perkhidmatan kesihatan, pusat aktiviti belia, perkhidmatan utility, perkhidamatan keselamatan, perkhidmatan perbankan, pembangunan usahawan dan peluang perniagaan, perkhidmatan NGO, perkhidmatan kebajikan, perkhidmatan latihan, pendidikan dan pekerjaan,” katanya kepada semasa berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan UTC Keningau di sini pada Khamis.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, pada awal perancangan UTC Keningau hanya diberi Mini-UTC namun ia diiktiraf sebagai UTCpenuh kerana memenuhi kriteria dan boleh beroperasi sebagai UTCpenuh.

Beliau berkata, UTC Keningau yang telah siap sepenuh pada 19 Oktober 2016 kini menempatkan sepuluh jabatan dan agensi termasuk pusat kecergasan dan premis perniagaan sepeti Majlis Daerah Keningau, Klinik 1 Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Pinjaman Sabah, Polis Diraja Malaysia, PTPTN, Pusat Kecergasan Majlis Daerah Keningau dan Rakyat Superstore Keningau.

Jelasnya, penubuhan UTC di sini adalah hasil usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan di mana Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah meluluskan pemilihan dan pengujudan UTCKeningau manakala kos pembiayaan pembinaannya adalah daripada Kerajaan Persekutuan.

Hajiji yakin, pengujudan UTC Keningau akan memberi impak besar di kawasan Pedalaman yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk daerah Keningau tetapi juga kepada penduduk daerah-daerah yang berhampiran seperti Tambunan, Nabawan, Tenom Sipitang yang boleh membuat urusan berkaitan jabatan dan agensi kerajaan yang ditempatkan di pusat ini.

Beliau juga yakin UTC Keningau akan menjadi ikon dan satu lagi tarikan untuk melawat daerah ini dan sudah tentu kehadiran orang ramai dari luar daerah akan menyumbang peningkatan ekonomi kepada peniaga-peniaga di sini.

“UTC Keningau beropeasi tujuh hari seminggu kecuali cuti umum dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Pembukaan operasi sehingga hujung minggu dan lewat malam memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan berurusan pada masa pejabat,” katanya,

Hajiji menambah, UTC adalah satu usaha kerajaan yang sangat memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan berterusan.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Ginun Yangus, Pegawai Daerah Keningau Yusof Hj. Osman, Pengarah Timbalan Ketua Pengarah JPN (Pengurusan) Hj. Zamari Mohd Ramli, Pengarah JPN Sabah Dato’ Ismail Ahmad, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah Datuk Osman Jamal, Pegawai Ekskutif Majlis Daerah Keningau Mohd Rafik Abdul Jubar Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau Dr Marsudi Manah, ketua-ketua jabatan dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan