Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UTC Keningau dapat sambutan baik rakyat jelata Pedalaman

1:57pm 28/11/2016 Pak Roshan 87 views Berita Pilihan,Keningau,Mutakhir,Tempatan
UTC Keningau

UTC Keningau

KENINGAU: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keningau yang mula beroperasi secara rasmi pada 17 November lepas disambut baik oleh masyarakat pelbagai lapisan di kawasan Pedalaman kerana ia memudahkan segala urusan mereka terutama yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rata-rata masyarakat yang ditemui melahirkan rasa gembira dan terima kasih mereka kepada kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak diperingkat persekutuan dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman diperingkat negeri.

Seorang penduduk yang ditemui semasa berurusan di kaunter JPN di UTC Maning Tingkayu berkata, kewujudan UTC di tengah-tengah bandar Keningau adalah amat bertepatan kerana ia memberi banyak manfaat kepada penduduk disekitar daerah ini.

Katanya, jabatan dan agensi yang ditempatkan dalam bangunan UTCini, kini mudah dikunjungi kerana ia terletak di tengah-tengah bandar dan ia boleh menjimatkan masa apabila ada satu urusan yang memerlukan jabatan-jabatan yang berkaitan.

Maning yang ditemui semasa berurusan di kaunter JPN untuk penggantian kad pengenalan yang musanah berkata, berurusan di UTC bukan sahaja selesa tetapi urusan lebih mudah dan kad pengenalan boleh diperolehi dengan cepat pada hari yang sama.

Beliau membuat penggantian kad pengenalan kerana terlibat dengan musibah kebakaran di Kg. Pagalungan Ansip baru-baru ini.

Bagi Puan Faridah Ubah dari Kg. Batu 4 Biah, kewujudan UTC di daerah ini sememangnya memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk dalam urusan-urusan yang berkatan dengan jabatan dan agensi kerajaan yang ditempatkan di UTC.

Katanya, berurusan di UTC memang mudah, jimat masa dan memudah penduduk yang berurusan di jabatan dan agensi yang berkaitan.

“Disamping itu bangunannya yang memusatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan ini juga lebih selesa kerana ia dilengkapi dengan kemudahan termasuk hawa dingin” katanya ketika ditemui semasa berurusan sijil kahwin anaknya di JPN.

Seorang lagi penduduk Jalius Taiman dari Kg. Inandung Sook berkata, tiada kata-kata yang beliau ungkapkan selain berterima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri yang mengilhamkan pengwujudan UTC.

Jalius ditemui semasa berurusan di JPN kerana mengurus sijil lahir berkata, berurusan di UTC yang memusat beberapa jabatan dan agensi kerajaan adalah lebih selesa berbanding berurusan di jabatan dan agensi kerajaan di bangunan yang berselerak.

UTC Keningau yang telah siap sepenuh pada 19 Oktober 2016 kini menempatkan sepuluh jabatan dan agensi termasuk pusat kecergasan dan premis perniagaan sepeti Majlis Daerah Keningau, Klinik 1 Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Pinjaman Sabah, Polis Diraja Malaysia, PTPTN, Pusat Kecergasan Majlis Daerah Keningau dan Rakyat Superstore Keningau.

Penubuhan UTC Keningau adalah hasil usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan di mana Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman telah meluluskan pemilihan dan pengujudan UTC Keningau manakala kos pembiayaan pembinaannya adalah daripada Kerajaan Persekutuan.

UTC Keningau telah memberi impak besar di kawasan Pedalaman yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk daerah Keningau tetapi juga kepada penduduk daerah-daerah yang berhampiran seperti Tambunan, Nabawan, Tenom Sipitang yang boleh membuat urusan berkaitan jabatan dan agensi kerajaan yang ditempatkan di pusat ini.

Ia beroperasi tujuh hari seminggu kecuali cuti umum dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Pembukaan operasi sehingga hujung minggu dan lewat malam memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan berurusan pada masa pejabat. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan