Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Utamakan transformasi menyeluruh KYS

Musa Aman (tengah) tertarik melihat Buku Transformasi KYS 2013-2023 yang dilancarkan sempena sambutan Ulangtahun Ke-20 KYS. Turut kelihatan, Sapawi Ahmad dan Yahya Hussin.
Musa Aman (tengah) tertarik melihat Buku Transformasi KYS 2013-2023 yang dilancarkan sempena sambutan Ulangtahun Ke-20 KYS. Turut kelihatan, Sapawi Ahmad dan Yahya Hussin.

KOTA KINABALU – Kumpulan Yayasan Sabah perlu berani melakukan transformasi menyeluruh ke atas program sosial Yayasan Sabah (YS) dengan mengutamakan kreativiti dan inovasi baharu yang jitu.

Saranan itu disuarakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, bagi memastikan organisasi itu mampu mendepani cabaran dihadapi dalam persekitaran yang pantas berubah pada ketika ini dan akan datang.

“Dalam usaha memenuhi hasrat itu, pihak pengurusan YS mengambil langkah untuk menyusun pelan strategik berkenaan. Pelan ini merupakan rangka tindakan yang menyeluruh merangkumi semua program sosial di dalam YS.

“Pelan yang komprehensif ini mencerminkan kesungguhan YS untuk melonjakkan pencapaian aspirasi rakyat di negara tercinta ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis 20 Tahun Bersama Kumpulan Yayasan Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Faridah Tussin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Said; dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah serta Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad. Dalam majlis itu, KYS turut meraikan ulangtahun kelahiran Musa yang ke-64 serta pelancaran Buku Transformasi KYS 2013-2023.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah menambah, transformasi di dalam sesebuah organisasi itu penting dan ia merupakan proses beranjak daripada cara biasa kepada kaedah lebih canggih bagi memperkukuh daya saing ke peringkat lebih tinggi.

“Saya percaya YS mampu mencapai sasaran yang dibuat dalam pelan strategik mereka. Blueprint ini menggambarkan cita-cita tinggi, tapi saya percaya kita berupaya mencapainya.

“Ia termasuk melonjakkan jumlah tajaan, meningkatkan kemasukan kanak-kanak, melahirkan graduan kelas pertama bertaraf global di peringkat teknikal dan tertiari, mewujudkan masyarakat desa yang trampil dan peniaga kecil yang maju,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah 

Komen


Berita Berkaitan