Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Utamakan pendidikan awal kanak-kanak

10:33am 05/08/2016 Leolerry Lajius 16 views Pendidikan,Tempatan
Mizma (tengah) menerima cenderahati daripada Saharah.

Mizma (tengah) menerima cenderahati daripada Saharah.

Lahad Datu : Pendidikan prasekolah peringkat tabika merupakan pendidikan formal yang terawal dalam perkembangan hidup seseorang kanak-kanak.

Ketua Wanita UMNO Silam, Mizma Appehdullah berkata, ia menjadi tapak yang boleh menyemai rasa suka dan cintakan pengetahuan dan juga sekolah dalam kalangan kanak-kanak.

“Pendidikan adalah satu aspek yang sangat penting dalam memastikan mereka akan menjadi insan yang berilmu yang seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan negara kita,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Prasekolah SK Lahad Datu IV peringkat zon segama 2016 kelmarin.

Menurut beliau lagi, dalam arus perkembangan dunia globalisasi kini, masalah sosial telah menjadi fokus  yang utama dan wajar ditangani bagi mengelakkan kesan yang tidak baik.

“Masalah ini semestinya dapat diatasi sekiranya, semua pihak mengambil peranan masing-masing untuk bersama-sama membanteras kegiatan-kegiatan tidak sihat ini dari terus berleluasa.”

“Saya percaya, pendidikan dan perhatian serta keseimbangan antara aspek akademik serta didikan agama sejak dari kecil mampu mengatasi masalah-masalah seperti itu.” tegas Mizma.

Turut hadir sama Guru Besar SK Lahad Datu IV, Saharah Said./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan