Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Utamakan pekerja tempatan

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah membantah cadangan kerajaan terhadap pemberian dokumen pas kerja kepada warga asing di negeri ini kerana dianggap tidak menghormati sensitiviti rakyatnya.

Ketuanya, Ir. Abdul Aziz Julkarnain berkata, Pemuda UMNO Sabah melihat cadangan itu seolah-olah tidak ada cara dan upaya lain lagi bagi kerajaan menangani masalah kekurangan pekerja di negeri ini.

Ujarnya. kerajaan harus sedar dan tahu bahawa terdapat laporan sejumlah besar kes-kes jenayah dilakukan oleh warga asing terutamanya pendatang tanpa izin (PATI).

“Stigma sosial terhadap PATI di negeri ini masih menebal dan subur di kalangan penduduk tempatan lebih-lebih lagi peristiwa hitam seperti pencerobohan Tanduo yang berlaku beberapa tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman semasa persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini berkenaan pemberian dokumen pas tersebut.

Menurut, Abdul Aziz lagi, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan sepatutnya memberikan keutamaan kepada tenaga kerja tempatan sebelum membuka peluang pekerjaan kepada warga asing.

Katanya, keghairahan kerajaan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing akan merugikan ekonomi negeri ini kerana wang upah yang diperolehi warga asing ini akan dihantar ke negara asal mereka. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan