Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Utamakan kebersihan: Yahya

 Yahya dan Masrani menyertai gotong royong membersihkan kawasan pembuangan sampah di Kampung Ulu Seberang, Putatan
Yahya dan Masrani menyertai gotong royong membersihkan kawasan pembuangan sampah di Kampung Ulu Seberang, Putatan

PUTATAN; Program Gotong Royong membersihkan persekitaran Kampung Ulu dan Kampung Ulu Seberang telah di adakan hari ini.

Program itu dirasmi oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Program gotong royong itu dianjurkan oleh Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Petagas, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), anggota tentera Kem Lok Kawi, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, Polis, kakitangan Soluxe Hotel dan penduduk kampung.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas mengingatkan masyarakat kampung sentiasa mengutamakan kebersihan dan keindahan persekitaran bagi mengelak penyakit berjangkit seperti demam Denggi dan kencing tikus.

Katanya, banyak kes demam Denggi berlaku di Sabah dan daerah Putatan juga tidak terkecuali.

Menurutnya, beliau difahamkan hampir 500 kes demam Denggi berlaku di Sabah dan ia amat membimbangkan, termasuk jangkitan Kencing Tikus.

“Jika masyarakat menjadikan menjaga dan mengutamakan kebersihan sebagai budaya hidup dengan membuang dan mengurus sampah sarap mereka dengan teratur, disamping  tidak membiarkan air atau longkang bertakung, sudah pasti penyakit ini tidak merebak”, tegasnya.
Yahya juga mahu masyarakat berani menegur jika ternampak orang membuang sampah di tempat yang tidak sewajarnya demi kebaikan bersama.

“Bukan soal kita menjaga tepi kain orang, tetapi kita menegur kerana untuk kebaikan seperti yang dilakukan oleh masyarakat di Singapura sehingga menjadikan negara itu begitu bersih dan indah”, tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Panglima Angkatan Petugas 450 kepada Mejar Jeneral Datuk Masrani Paiman dari Kem Lok Kawi, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Penolong Pegawai Daerah Putatan, Hassan Mahali, PPM Petagas, Ali Hussin Sharin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juriah Palasin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian, Dahliah Haji Mohd.Zain dan pemimpin masyarakat setempat.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan