Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usul mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua masuk Sabah lulus

raymond
KOTA KINABALU- Usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3) yang meminta  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Parlimen Batu Tian Chua, diharamkan masuk ke Sabah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini (Khamis).
Seramai 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas berkenaan dalam pungutan suara yang dilakukan sebaik perbahasan usul itu berakhir.
Usul berkenaan dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang memohon pihak berkuasa kerajaan menghalang kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.
Dalam pada itu Raymond turut mengusulkan siasatan dilakukan ke atas dua pemimpin PKR itu terhadap tindakan mengatur dan mengadakan perjumpaan dengan anak Jamalul Kiram III, Jacel Kiram, pada baru-baru ini.- oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan