Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usrah Antara Tips Doktor Ini Menggapai PHD

2:20pm 12/05/2016 Zakir Sayang Sabah 21 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pengajaran melalui Perjalanan

Catatan permusafiran menuju PhD

Sejak dari usia muda saya sering diingatkan oleh kedua ibubapa tentang kepentingan pendidikan. Bidang bukan menjadi perkiraan namun kemasukan ke Universiti dan membawa pulang segulung ijazah menjadi sandaran utama.

Saya juga sering mengambil inspirasi daripada tulisan al-Ghazali dalam bukunya ‘Ihya Ulumuddin’, hadith-hadith yang dikemukakanya tentang kepentingan ilmu dibawah dan kupasan-kupasan yang sering dibincangkan dalam liqa’-liqa’ sejak matrikulasi lagi.

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَبْتَغِي فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Nabi (ﷺ) bersabda, “Sesiapa yg membuka satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan membukakan satu jalan untuknya ke syurga.”

[Tirmidhi].

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏ “‏من يرد الله به خيرًا يفقه في الدين‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Nabi (ﷺ) bersabda, “Bila Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang maka Dia akan memberikannya kefaqihan dalam agama.

[Al-Bukhari and Muslim]

1994 – 2016

Semestinya ianya merupakan suatu perjalanan yang jauh. Daripada tahun pertama perubatan hingga dikurniakan ijazah PhD, ia merupakan 22 tahun yang penuh berliku dan sarat dengan cabaran. Saya sering teringatkan kalam Ilahi berikut yang kerap diingatkan oleh murabbi-murabbi saya.

لَوۡ كَانَ عَرَضً۬ا قَرِيبً۬ا وَسَفَرً۬ا قَاصِدً۬ا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلشُّقَّةُ‌ۚ

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.

Tidak seperti kebanyakan yang memilih bidang perubatan, saya hanya berkelayakan B’s dan C’s namun kelebihan saya hanyalah sifat tidak mengalah. Kalau saya sudah berazam untuk melakukan sesuatu, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya.

Ketabahan dan ketahanan lebih mencerminkan diri saya, bukannya kecerdikan atau kepandaian. Saya pun sering diingatkan dalam ‘bulatan-bulatan ilmu’ untuk sentiasa ‘berniaga’ dengan الله azza wa jalla, memberikan masa dan tenaga untuk medan amal sambil mengharapkan kejayaan akademik sebagai imbalan dan ganjaran.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)

Sebagai rumusan, sepanjang perjalanan yang berliku ini, hanya ada satu ketentuan yang pasti, kehadiran individu-individu yang sefahaman, berusaha sedaya upaya didunia yang fana ini hanya sebagai sandaran untuk mendapatkan ganjaran yang terbaik di akhirat.

Merekalah yang sering memberi galakan, menghulurkan bantuan, menyuntikkan semangat dan melahirkan harapan. Mereka yang tidak ternama inilah rakan-rakan seusrah dan murabbi-murabbi kami yang menjadi pengaruh terbesar terhadap kejayaan akademik saya, selain kedua ibubapa, isteri dan anak-anak serta kawan-kawan rapat.

 

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا ٣

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)

Nasihat saya pada semua, carilah teman-teman sefahaman dan pembantu-pembantu, keluarga dan rakan taulan yang akan memperkuatkan dan membina kita….. carilah USRAH. Dan gapailah kejayaan.

Penulis

Dr Azarisman Shah MOHD SHAH

  • MBBS, PhD (Adelaide) MMED (UKM) AM (M’sia)
    FNHAM, FAPSIC, FACC
  • Associate Professor, Senior Lecturer and
    Consultant Cardiologist and Physician
  • Department of Internal Medicine, International Islamic University Malaysia
  • Level 3 Specialist and Member, Society for Cardiac Magnetic Resonance Imaging (SCMR)

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan