Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

USIA Semporna jalin kerjasama strategik untuk memperkasakan gerakan dakwah

Razak (tengah) bersama para peserta yang menyertai program tersebut.
Razak (tengah) bersama para peserta yang menyertai program tersebut.

KOTA KINABALU:  Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Semporna akan menjalin kerjasama strategik dengan beberapa buah sekolah agama dan sekolah agama bantuan kerajaan  di daerah itu bagi melaksanakan beberapa program dakwah untuk memperkasakan lagi gerakan dakwah di negeri ini khususnya di daerah Semporna.

Ketuanya, Datuk  Haji Razak Tun Sakaran berkata, sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran dipilih menjadi rakan stategik yang pertama sebagai perintis program tersebut.

Menurut beliau selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran (USIA) bahagian itu juga akan berkerjasama dengan sekolah Agama Tampi Tampi dan sekolah agama bantuan kerajaan selain turut mengadakan program masuk kampung.

“ Kita akan terus melaksanakan program keagamaan selain siri  ceramah dan juga akan memberikan kursus bimbingan fardu ain dan fardu kifayah khususnya kepada saudara baru di daerah ini” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Ceramah anjuran Usia bahagian Semporna dengan kerja sama SMKA dan SABK daerah Semporna di masjid Inabah Kamal Semporna dekat sini baru baru ini.

Program tersebut diisi dengan ceramah agama yang bertajuk “ Diqul Ibadah” yang disampaikan oleh Ketua Japim IPG Kampus Tawau Ustaz Dr Mohd Nazmi Desa selain diselitkan dengan acara kuiz agama.

Menurut Razak lagi, jalinan kerjasama erat dan berterusan itu penting bagi memastikan usaha mengembangkan syiar Islam lebih menyerlah dan berkesan.

“Keadaan dan cabaran pada masa ini begitu besar khsusunya di kalangan generasi muda yang  harus ditangani bersama oleh setiap umat Islam” katanya

Dalam hubungan ini katanya golongan muda dan  pelajar sekolah merupakan tumpuan utama  bagi menjayakan  program bulanan ini ,dimana  menurut beliau golongan ini selain diperkasakan mindanya dengan pendidikan akademik jiwa mereka juga perlu diperkasakan dengan ilmu agama bagi melahirkan  modal insan yang seimbang  dari aspek rohani dan jasmani.

Tambahnya, USIA juga perlu sentiasa melakukan perubahan dalam setiap program dakwahnya bagi memastikan ia terus relevan.-Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan