Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

USIA, Jheains menganjurkan Cakna Saudara Baru Pedalaman

2:25pm 29/01/2016 Ann Vivien 100 views Isu Semasa,Tempatan
Ketua Belia USIA Jamawi Jaafar

Ketua Belia USIA Jamawi Jaafar

TENOM: Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)  Pusat dengan kerjasama Jheains Bahagian Keningau,Tenom,Tambunan dan Hidayah Centre Keningau akan  menganjurkan program Cakna Saudara Baru Pedalaman siri 1   bermula   8 hingga 9 Febuari ini bertempat di Masjid Adz-Dzilal kampung Bayangan Keningau

Ketua Belia USIA Jamawi Jaafar (gambar kecil) berkata program ini merupakan kegiatan pertama Belia Usia Pusat tahun ini yang memokaskan penyertaan seramai 250 peserta terdiri dari saudara baru.

Menurut beliau sepanjang program ini berlangsung antara pengisianya peserta akan didedahkan dengan beberapa siri ceramah antaranya Asas Tauhid (kefahaman rukun Islam dan  rukun Iman),(Ihsan dan adab dalam Islam),Hukum Hakam Dalam Islam dan Thaharah (bersuci)

“ Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 250 orang  peserta dimana pihak penganjur turut menyediakan makan dan  minum ,penginapan melalui program anak angkat sepanjang program ini berlangsung “ katanya ketika dihubungi di sini  kemarin.

Selain itu tambah Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom program yang dijangka dihadiri oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai  ini juga akan diisi dengan pengisian ilmu bersama Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah sebagai penceramah jemputan dan pada  sebelah malam 8 Febuari turut diadakan Malam Cinta  Allah dan Rasul di tempat yang sama.

“ Kita mengalu-alukan kehadiran masyarakat Islam khususnya dari kawasan berhampiran bagi memeriahkan lagi malam Cinta  Allah dan Rasul ini dimana mereka akan dapat berkongsi ilmu  bersama  penceramah jemputan Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah
pada malam tersebut ” Jelas Jamawi

Tambah Jamawi bagi mereka yang berminat untuk menyertai program Cakna Saudara Baru mereka boleh berhubung dengan penganjur iaitu, bagi daerah Keningau Anwar Idris 012882821,  Daerah Tenom Imam Mohd Taslim Tahir 013-8735632,Daerah  Tambunan Ustaz Suhaidi 016-8195919 dan Daerah Nabawan Ustazah Noraida Hidayah 013-5418466

Dalam perkembangan lain Jamawi juga turut memaklumkan Belia Usia akan mengadakan mesyuarat ahlijawatankuasa pertamanya pada 9 Febuari 2016 di Hotel Perkasa Keningau dimana dalam  mesyuarat ini Jamawi dijangka akan mengumumkan perlantikan Naib Setiuasaha, Bendahari, Ketua Penerangan serta ahli  jawatankuasa tertinggi Belia Usia Pusat sesi 2015/2017.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan