Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usia bukan penghalang menuntut ilmu

KOTA KINABALU: Usia  lanjut dan hanya berbasikal tidak menjadi penghalang kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Lago Beaufort untuk mengikuti Kelas Dewasa Orang Asli dan Pedalaman (KEDAP).

Jumlin Ansor, 81 tahun bersama isterinya Masturi Tansim, 70 tahun menaiki basikal bersama-sama untuk menghadiri kelas dewasa tersebut. Lebih menakjubkan bapa saudara Masturi,  Hj. Timsi Majid, 95 tahun turut serta dalam kelas itu walapun beliau terpaksa berjalan kaki.

Menurut mereka, mengikuti pelajaran di usia yang sudah lanjut tidak mudah tetapi kerana semangat untuk menuntut ilmu membuatkan mereka gigih untuk terus menambah ilmu pengetahuan berikutan tidak berkesempatan menuntut ilmu di usia muda kerana tidak ada sekolah di kampung mereka pada waktu itu.

Jumlin dan isterinya yang mempunyai lapan orang anak dan sudah boleh membaca dan menulis sentiasa mendorong cucu-cucu mereka untuk menuntut ilmu.

“Saya sering menasihati cucu-cucu saya agar berusaha menuntut ilmu dan mencabar mereka agar menjadi lebih baik dari apa yang kami mampu lakukan sekarang,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Dari kiri, Hj.Timsi, Masturi dan Jumlin memegang sijil masing-masing
Dari kiri, Hj.Timsi, Masturi dan Jumlin memegang sijil masing-masing

Komen


Berita Berkaitan