Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

USIA anjur program Cakna Saudara Baru Pedalaman Siri 1

8:20pm 14/02/2016 Leolerry Lajius 145 views Tempatan
Sebahagian dari peserta Cakna Saudara baru merakamkan gambar kenangan bersama Jamawi (tengah) selepas majlis penutupan program.

Sebahagian dari peserta Cakna Saudara baru merakamkan gambar kenangan bersama Jamawi (tengah) selepas majlis penutupan program.

KENINGAU: Kaedah dakwah merupakan satu wadah  penyampaian yang  dilihat cukup berkesan  untuk membina  sahsiah mukmin sekali gus melahirkan  daie dalam kalangan saudara baru.

Sehubungan dengan itu  bagi meningkatkan kefahaman  ilmu agama dan mempraktikkan  kefahaman ilmu agama kepada saudara baru disamping mengeratkan hubungan silatulrahim, Belia Usia Sabah telah  menganjurkan program Cakna Saudara Baru Pedalaman Siri 1 bertempat di Masjid  Adz-Dzizal  Kampung Bayangan Keningau baru baru ini.

Program  dengan kerjasama  Hidayah Cantre Keningau,Jheains, IPDS Keningau dan  Badan Dakwah Keningau itu disertai seramai 173 orang peserta terdiri dari saudara baru dari kawasan Pedalaman.

Ketua Belia Usia Jamawi Jaafar berkata, program pertama yang diajurkan oleh Belia Usia setelah beliau mengambil alih jawatan tersebut merupakan medan utama yang mengumpulkan saudara baru dari kawasan Pedalaman yang merangkumi daerah Tambunan, Keningau, Pensiangan dan Tenom dengan objektifnya untuk mewujudkan silatulrahim dan juga perkongsian ilmu di kalangan mereka.

Selain itu, menurut beliau program ini bertujuan untuk membimbing dan mendidik saudara baru mendekati serta menyelami ilmu Islam .

“ Selain memupuk semangat kekeluargaan di kalangan saudara-saudara baru, Belia Usia juga menyediakan ruang bagi para peserta mendalami Islam secara lebih berkesan melalui pendekatan yang dilakukan sepanjang program ini yang  memfokuskan empat perkara iaitu Asas Tauhid (kefahaman rukun Islam dan Rukun Iman),( Ihsan dan Adab Dalam Islam (Hukum Hakam dalam Islam) dan Thaharah (bersuci)” katanya ketika ditemui selepas penutupan dan penyampaian sijil kepada para peserta di dewan terbuka kampung Bayangan Keningau baru baru ini.

Menurut Jamawi peserta juga berpeluang mendalami ilmu agama  dan berkongsi pengalaman bersama penceramah jemputan  Pengarah  Institut Kajian Hadim (INHD) yang juga Pengarah Kolej Unversiti Islam Selangor Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah selain acara lain seperti Malam Cinta Allah dan Rasul dan  Program Munajat dan Qiamullail semasa program ini berlangsung

Jelas Jamawi lagi, program ini juga membina satu generasi Islam dengan menghayati dan melaksanakan segala perintah agama dalam kehidupan serta menyebar luaskan syiar Islam tanpa bergantung sepenuhnya kepada badan badan agama dimana setiap individu Islam berperanan sebagai pendakwah selaras dengan pengertian Cakna yang bermaksud  sikap ambil tahu khususnya di kalangan umat Islam.

Sakaran diringi oleh Jamawi menekan punat komputer sebagai simbol peramian dan pelancaran Website Belia Usia semasa program tersebut.

Sakaran diringi oleh Jamawi menekan punat komputer sebagai simbol peramian dan pelancaran Website Belia Usia semasa program tersebut.

Majlis perasmian dan sekali gus pelancaran Web Site Belia Usia Sabah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai yang turut dihadiri oleh Timbalannya yang juga ADUN Liawan Datuk Sairin Karno ,Setiausaha Agung (USIA) dan  Datuk Hamzah Jakari

Sairin sambil diperhatikan Jamawi, dan Ketua Usia Bahagian Keningau Haji Kaimin  ketika menyampaikan cendera kenangan kepada Sakaran selepas merasmikan program tersebut.

Sairin sambil diperhatikan Jamawi, dan Ketua Usia Bahagian Keningau Haji Kaimin ketika menyampaikan cendera kenangan kepada Sakaran selepas merasmikan program tersebut.

Terdahulu ketika  berucap merasmikan program tersebut Sakaran berkata USIA akan terus merangka serta melaksanakan pelbagai program dakwah di negeri ini dalam usahanya memperkasakan dakwah dan syiar Islam di negeri ini selari dengan cabaran semasa.

Katanya, keperluan serta kehendak umat Islam masa kini tidak sama dengan umat Islam masa lalu maka gerakan serta tenik berdakwah amat penting untuk disesuaikan seiring dengan kehendak semasa.

Sambil memuji usaha yang dilakukan oleh Belia Usia melalui pendekatan tersebut Sakaran berharap Belia Usia dapat menyediakan pelapis  da’ie atau pendakwah yang bukan sahaja berilmu tapi mempunyai pelbagai kaedah ketika berdakwah bagi menarik Umat Islam khususnya golongan muda dalam aktiviti aktiviti keagamaan.-SayangSabah

Jamawi bersama ahli jawatankuasa Belia Usia yang baharu tonggak utama pengerak program tersebut.

Jamawi bersama ahli jawatankuasa Belia Usia yang baharu tonggak utama pengerak program tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan