Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usia 60 Tahun Tidak Halang Warga Emas Duduki SPM

Chong-Sing-Woh1
Chong Sing Woh

IPOH – Berusia 60 tahun bukan halangan bagi seorang warga emas, Chong Sing Woh menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang merupakan salah seorang daripada 2,667 calon persendirian di Perak.

Beliau yang merupakan seorang pesara sektor swasta berkata, tahun ini merupakan kali keenam menduduki enam subjek teras selepas lima kali percubaannya sebelum ini gagal.

“Saya ingin membuktikan kepada orang ramai usia bukan penghalang bagi sesuatu individu itu untuk berjaya dan melepasi halangan dalam kehidupan.

“Walaupun umur sudah tua tetapi saya memegang prinsip ‘belajarlah dari buaian sehingga ke liang lahad’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang di sini, hari ini.

Menurutnya, kegigihan dan kesungguhan untuk terus mencuba melepasi peperiksaan itu wujud selepas rakan sebaya beliau sering memperlekeh taraf pendidikannya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan