Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan wanita Tawau mahu tembusi pasaran Jepun dan Dubai

HASIL USAHAWAN TEMPATAN... Fatimah (kiri) bersama Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi, Datuk Hamisa Samat (dua dari kiri) menunjukkan produk makanan sos keluaran syarikat tersebut.
HASIL USAHAWAN TEMPATAN… Fatimah (kiri) bersama Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi, Datuk Hamisa Samat (dua dari kiri) menunjukkan produk makanan sos keluaran syarikat tersebut.

TAWAU – Segalanya bermula sebagai hobi untuk mengisi masa lapang apabila usahawan wanita, Fatimah Hamid menghasilkan produk sos cili untuk pasaran di daerah ini.
Namun, atas dorongan dan reaksi positif daripada keluarga dan rakan lain membuatkan beliau berazam untuk mengkomersialkan produk keluarannya yang menggunakan jenama Sos Cili dan Sambal I Tim ke peringkat lebih jauh.
“Dorongan itu membuatkan saya berazam untuk memasarkan produk ini lebih jauh bukan sahaja tertumpu di Tawau tetapi juga hingga ke Semenanjung Malaysia dan pasaran luar negara,” katanya.
Pengasas syarikat I Tim Holdings Sdn. Bhd. ini berkata, untuk tahun ini beliau bercadang untuk mengeksport produk keluaran syarikatnya ke Jepun dan Dubai.
Beliau juga tidak menafikan bahawa usaha untuk melebarkan sayap perniagaan sehingga ke peringkat antarabangsa memerlukan pengorbanan serta kecekalan yang tinggi sebagai persediaan menghadapi apa jua cabaran.
Beliau turut berterima kasih kepada peniaga tempatan yang sentiasa memberikan sokongan terhadap produk keluaran syarikatnya.
Di awal penubuhannya pada Februari tahun lalu, syarikat ini menggunakan status Enterprise sebelum dinaiktaraf kepada Sendirian Berhad pada Julai tahun yang sama sejajar dengan wawasan Fatimah untuk menembusi pasaran luar negara.
Beliau juga telah mengikuti beberapa Expo Kawasan Pertumbuhan ASEAN Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP-EAGA) ke Brunei Darussalam dan Davao, Filipina, selain menyertai Rombongan anjuran Kementerian Perindustrian, ke Jakarta Indonesia. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan