Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan wanita perlu tingkatkan ilmu perniagaan- Mizma

Kenangan…Mizma bergambar kenangan bersama 300 peniaga kecil-kecilan golongan wanita.

KUNAK: Usahawan wanita ini diminta meningkatkan ilmu perniagaan serta merebut peluang perniagaan yang ada dalam usaha mewujudkan usahawan wanita berdaya saing dan berdaya maju.

Ketua Wanita UMNO Silam, Mizma Appedullah berkata, golongan wanita harus memperlengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan supaya mampu bersaing serta menghadapi cabaran di dalam era pembangunan ekonomi pengetahuan kini.

Selain itu, beliau berkata usahawan wanita juga harus membentuk dan memperkukuhkan rangkaian komunikasi serta mengeratkan interaksi bagi mengembang dan menaiktarafkan aktiviti keusahawanan di negeri ini.

Jelasnya, kekurangan jaringan merupakan faktor utama usahawan tidak mampu berkembang lebih maju pada masa ini.

“Kerajaan melalui agensi kerajaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM menawarkan pelbagai bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan khusus untuk peniaga kecil-kecilan untuk golongan wanita.

“Kerajaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dapat membantu golongan wanita menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menambah ekonomi keluarga.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Ulang Tahun ke 7 dan Majlis Apresiasi Blok Kunak Jaya di Dewan Kampung Kunak Jaya, Kunak kelmarin. Turut hadir sama Ketua Sektor AIM Zon Selatan, Jumat Jamaluddin, Ketua Blok Kunak Jaya, Noriah Baharudin serta 300 ahli AIM daripada kawasan Kunak. Beliau turut menyumbang RM3,000 kepada Kelab Usahawan Kunak Amanah Ikhtiar Malaysia.

Jelas beliau ketika ini penyertaan wanita dalam keusahawanan masih rendah dan ramai dimonopoli kaum lelaki.

“Golongan wanita terbukti golongan peminjam yang baik seperti yang dapat dilihat melalui inisiatif yang diwujudkan kerajaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menawarkan pinjaman kepada peniaga kecil.

“Usahawan wanita perlu mengukuhkan konsep kongsi pintar dengan agensi-agensi kerajaan ini bagi memanfaatkan pelbagai tawaran dan insentif yang diberikan agensi terbabit,”katanya.

Menurut Mizma usahawan wanita di negeri ini diminta menguasai beberapa asas penting dalam perniagaan agar mampu bertahan dalam bidang tersebut dalam tempoh waktu yang lama.-SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan