Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan wanita perlu berdaya saing

Hamisa Samat (kiri) mengadakan lawatan kerja bersama kakitangan Unit PPM Tanjong Batu.
Hamisa Samat (kiri) mengadakan lawatan kerja bersama kakitangan Unit PPM Tanjong Batu.

TAWAU – Usahawan wanita perlu berani mengambil risiko dengan menceburi perniagaan yang lebih berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, walaupun kebanyakannya bermula dengan perniagaan kecil, usahawan wanita juga boleh mencapai dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata bagi memperluas dan mengekalkan perniagaan, usahawan wanita juga harus mempunyai modal yang mencukupi, disamping pengetahuan dan kecekapan dalam teknologi serta kemahiran dalam bidang berkaitan.

“Program transformasi yang dilaksanakan kerajaan Pusat dan negeri turut membuka peluang kepada wanita untuk menjadi pemain industri perniagaan. Justeru, sudah tiba masanya, usahawan wanita Bumiputera disaran bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi meningkatkan kedudukan ekonomi keluarga,” katanya ketika berucap merasmikan Program Bahagian Pendidikan Masyarakat Jabatan Kemas Kalabakan, di Kampung Kuala Merotai, Tawau, di sini hari ini.

Hamisa berkata, usahawan wanita perlu kreatif dalam dunia perniagaan dan tidak boleh terlalu berharap untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan kerana peluangnya amat terhad dan persaingan juga sengit.

Terdahulu, beliau bersama kakitangan Unit PPM Tanjong Batu mengadakan lawatan kerja dan meninjau bangunan yang akan dijadikan sekolah Kemas bersama kakitangan Jabatan Kemas Daerah Tawau serta melawat penyelenggaraan jambatan kayu tempat laluan penduduk di Kampung Tanjong Batu Log Pond, Tawau. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan