Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan wanita perlu berani

Rohani meluangkan masa melawat gerai pameran di majlis tersebut.

KOTA KINABALU : Usahawan wanita Sabah perlu berani mempromosikan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ma​syarakat (KPWKM), Dato’ Sri Rohani Abdul Karim berkata wanita di negara ini perlu mula mengorak langkah mempromosikan produk-produk mereka ke peringkat antarabangsa.

 

“Saya menyeru kepada usahawan-usahawan wanita Sabah untuk lebih berani untuk mempromosikan perniagaan mereka ke peringkat antara​bangsa.

 

“Bersempena dengan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan pada 4 September nanti, The International Women’s Federation of Commerce and Industry Malaysia (IWFCI) akan menganjurkan Seminar Keusahawanan Wanita Antarabangsa yang bakal dihadiri oleh wakil-wakil usahawan dari 12 negara.

 

“Oleh yang demikian, ​saya menyeru ahli-ahli IKSNita​ untuk menyertai seminar tersebut bagi bertukar-tukar pandangan dan membuat jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa dan saya yakin usahawanita Sabah mampu mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global,” katanya ketika berucap di Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah dan Sambutan Ulang Tahun kelima penubuhan IKSNita​ baru-baru ini.

 

Semasa dalam ucapannya, Rohani turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 ribu kepada IKSNita untuk meningkatkan kemahiran dan menganjurkan aktiviti-aktiviti berkaitan kepada ahli-ahli persatuan tersebut.

 

Peranan wanita dalam pembangunan ekonomi di negeri ini turut dihargai melalui pengiktirafan kepada 10 tokoh usahawan Persatuan Industri Kecil Wanita Sabah (IKSNita).

 

Bagi mengiktiraf sumbangan usahawanita dalam IKSnita, lima tokoh telah diumumkan sebagai penerima anugerah bagi kategori Usahawan iaitu Rosinah Moin dari Yayasan Sabah Zon Timur; Wong Yoke Sim dari Jabatan Pembangunan Industri dan Penyelidikan Sabah; Siti Suryati Abd Ghani dari IKSNita Usahawan Media Sosial, Norehan Rahim dan Puteri Purnama Sugua telah dinobatkan sebagai Usahawan Belia.

 

Sementara itu penerima bagi kategori Masyarakat adalah Dr Rozita Mohamad, Joana Kitingan, Khatijah Dahlan, Jamillah Abdullah dan Rosinah Ukun.

 

Hadir sama Pengerusi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSNita) Sabah Dayang Khatijah Datu Bactiyal serta 500 ahli IKSNita./PENERANG​AN-

Komen


Berita Berkaitan