Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan wanita digalak sahut cabaran dalam dunia perniagaan

RASMI… Juliah (tengah) ditemani Azizah (kanan) merasmikan Program Siti Khadijah Fair yang berlansung selama dua hari bermula hari ini (4 Mac) sehingga esok.

 

PUTATAN: Usahawan-usahawan wanita digalakkan untuk menonjol dan menyahut cabaran dalam dunia perniagaan sebagai motivasi untuk terus berjaya.

 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Usia, Datuk Hajah Azizah Hj. Mohd Dun berkata penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan ini akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita di dalam bidang keusahawanan.

 

Beliau berkata kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai bentuk inisiatif kerajaan dan bantuan dalam usaha untuk memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan di pelbagai peringkat.

 

“Skim serta bantuan ini termasuklah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Mdec, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME CORP, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN.

 

“Tidak terhad kepada itu sahaja, malahan kini sektor daripada pihak bank juga turut membantu mana-mana usahawan yang baru memulakan perniagaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada program Siti Khadijah Fair 2017, dekat sini, hari ini.

 

Beliau berkata sejajar dengan perkembangan dan trend dunia perniagaan kini yang pesat dan dinamik terutamanya di alam maya atau dunia internet, wanita dilihat mendominasi perniagaan secara online merentasi bandar dan luar bandar.

 

“Ia merupakan satu tren yang positif apabila melihat wanita tidak melepaskan peluang dengan memperkenalkan pelbagai produk dan servis secara online sama ada melakukan secara sambilan atau sepenuh masa,” katanya.

 

Majlis turut menyaksikan Isteri kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,

Datin Seri Panglima Juliah Salag mewakili Isteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Yang DiPertua BAKISA, Datin Seri Panglima Datuk Hjh Faridah Tussin melancarkan direktori Usahawan Muslimah.

 

Turut hadir, Penaung Wanita USIA, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Sitti Rukaiyah Datuk Panglima Abdullah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan