Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan PKS diminta rebut peluang perniagaan

hamisaTAWAU – Produk hasil keluaran usahawan bumiputera di negeri ini berpotensi tinggi untuk dikomersialkan bagi pasaran tempatan dan luar negara.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi negeri, Datuk Hamisa Samat (gambar) berkata, usahawan bumiputera khususnya dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu bijak merebut peluang perniagaan bagi memantapkan jenama produk keluaran masing-masing.
“Usahawan bumiputera perlu tampil dengan lebih berani dalam memantapkan jenama perniagaan bagi mengelakkan mereka ketinggalan dalam dunia perniagaan,” katanya semasa berucap merasmikan produk baru Sos Cili dan Sambal keluaran I Tim Holding, di sini hari ini.
Menurut beliau, kerajaan melalui agensi dan jabatan berkaitan sentiasa membantu usahawan di negeri ini memasarkan produk mereka sehingga ke luar negara.
Kebanyakan usahawan PKS mempunyai idea serta produk yang baik dan bermutu, tetapi kurang pendedahan dari segi pemasaran. Oleh itu, mereka perlu merujuk kepada pihak yang arif tentang selok-belok perniagaan agar mendapat pendedahan yang betul,” tambahnya.
Mengenai produk keluaran I Tim Holdings, Hamisa berkata, ia berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat lebih jauh.
Sehubungan itu, beliau berharap pengusaha produk tersebut akan lebih kreatif semasa memasarkan produk itu ke pasaran tempatan dan luar negara.
“Saya percaya produk sos cili keluaran usahawan Tawau mampu bersaing dengan pengusaha sos-sos cili yang ada di negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan