Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan perlu berani rebut peluang pasaran luar negara: KM

Noraini (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Bolkiah (tengah) pada majlis program "Exporters Forum 2015" di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Noraini (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Bolkiah (tengah) pada majlis program “Exporters Forum 2015” di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Usahawan tempatan di Sabah yang masih belum mendaftar sebagai pengeksport dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) digesa buat demikian bagi membolehkan mereka menyertai program promosi dianjurkan Matrade.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, usahawan tempatan tidak seharusnya bergantung kepada pasaran tempatan sahaja, sebaliknya perlu berani merebut peluang menerokai pasaran luar negara.

Menurut beliau, sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke atas eksport Malaysia masih kecil iaitu 16.9 peratus dan kerajaan mensasarkan peningkatan 25 peratus menjelang tahun 2020.

“Persekitaran kondusif untuk eksport adalah penting untuk memastikan syarikat negara berdaya saing dan bersedia dengan sepenuhnya untuk meneroka ke pasaran global. Aktiviti promosi perdagangan dan pembangunan pengeksport 2015 Matrade menjadi pelan tindakan berkesan bagi syarikat Malaysia dan perkhidmatan profesional mengekalkan eksport,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Program Forum Pengeksport 2015 anjuran Matrade di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Bolkiah Ismail.

Musa menambah, sebagai pengerusi Asean pada tahun ini, Malaysia boleh memberi pengaruh kuat kepada produk dan perkhidmatan tempatan untuk menembusi pasaran 620 juta penduduk di rantau ini.

Oleh itu katanya, penting untuk memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan sekarang bagi memastikan negara khususnya para usahawan tidak ketinggalan dalam arus teknologi moden.

Sabah disenaraikan sebagai negeri keenam penyumbang kepada ekonomi negara dan sebanyak 41,000 syarikat PKS negeri ini seharusnya menggunakan kesempatan mengambil peluang terbuka untuk memasarkan barang dan perkhidmatan mereka dengan lebih agresif.

Beliau yakin, usahawan tempatan mempunyai potensi besar kerana selain dibantu oleh kerajaan negeri, Sabah juga mempunyai sumber asli yang boleh diberi nilai tambah disamping permintaan bagi perkhidmatan yang dijana oleh sektor perladangan, perdagangan, minyak dan gas. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan