Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Usahawan jangan termakan dengan hasutan pembangkang’- PEKIRA

Redzuan (tengah) bersama ahli PEKIRA ketika sidang media berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

TAMPARULI: Usahawan di negara ini khususnya di Sabah diseru agar tidak termakan dengan hasutan dan janji pihak pembangkang yang hanya tahu menabur janji kosong bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Gesaan itu disuarakan oleh Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA) Mohd Redzuan Abdullah yang turut menyifatkan hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar ikhlas dalam membela nasib usahawan.

Redzuan menyatakan, Pekira yang ahlinya telah mencecah 7,000 orang di Sabah juga komited dalam membantu BN untuk mendapat kemenangan yang besar di pru-14 akan datang dan telah menggerakkan jentera partinya di seluruh Sabah untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

“Apa yang saya dapati sehingga hari ini, peniaga-peniaga di Sabah, mereka yakin dengan kerajaan Barisan Nasional dan mereka tidak termakan hasutan pembangkang, ditambah lagi kewujudan Pekira ni meyakinkan mereka lagi, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Kampung Bontoi, hari ini yang turut dihadiri oleh ahli-ahli Pekira Sabah.

Redzuan juga menyatakan, janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto mereka hanyalah sekadar gula-gula politik dan tidak ikhlas dalam menunaikan manifesto mereka untuk rakyat.

Menurutnya, berbeza dengan kerajaan BN, janji yang terdapat dalam manifesto sentiasa dilaksanakan dan bukannya sekadar janji kosong.

“Pakatan Harapan telah melancakan manifesto mereka namun saya percaya mereka tidak mampu menunaikan 30% pun janji mereka dalam manifesto itu, berbeza dengan BN yang menunaikan 93% janji dalam manifesto, “katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan