Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usahawan harus bijak mengambil peluang

8:06am 03/06/2016 Leolerry Lajius 72 views Perniagaan,Tempatan
Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima anugerah sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima anugerah sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Para usahaan harus proaktif serta bijak mengambil peluang untuk menembusi pasaran dengan melihat kepada keperluan yang diperlukan oleh masyarakat.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid, langkah itu adalah penting agar para usahawan mampu mengembangkan perniagaan mereka sejajar dengan keperluan masyarakat.

“Usahawan harus pandai memilih jenis perniagaan sejajar dengan keperluan masyarakat dan berusaha untuk mempromosikan barangan tempatan yang mempunyai pelbagai keistimewaan,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Konvensyen Usahawan Giat MARA Negeri Sabah, di sini, semalam.

Jainab juga turut menyeru agar MARA terus menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain bagi meningkatkan potensi serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para usahawan.

Sempena program tersebut Jainab juga turut memyampaikan Mock Cek kepada penerima pinjaman PUTEK serta menyampaikan anugerah kepada empat usahawan yang telah mencapai kejayaan iaitu Usahawan Rintis, Usahawan Cemerlang serta Usahawan Khas MARA.

Program yang bermula sejak jam 8.00 pagi itu, turut diisi dengan pameran jualan serta ‘Business Talk’ dari individu yang berpengalaman dalam sektor keusahawan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan