Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan digalak melabur di Tenom

radintenom

TENOM: Para usahawan tempatan dan luar digalakkan melabur di Pekan Baharu Melalap, sebuah lokasi strategik yang baru dibangunkan dan dilengkapi pelbagai kemudahan awam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, atas faktor itu, ini diyakini memudahkan para pelabur untuk menjadikan pekan berkenaan sebagai pusat operasi perniagaan serta perkhidmatan.

Jelasnya, ini sekali gus mampu mengembangkan pasaran khususnya di kawasan pedalaman di negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa menggalakkan para usahawan tempatan dan luar untuk membuat pelaburan dan menubuhkan pusat operasi perniagaan mereka di Pekan Baharu Melalap,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap memberitahu, pembangunan pekan baharu itu termasuk suntikan pelaburan daripada pengusaha perniagaan tempatan dan luar mampu menjana pertumbuhan ekonomi di daerah ini.

Ujarnya, pembangunan itu juga dilihat bakal mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan yang boleh meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.

“Rakyat khususnya penduduk bumiputera di daerah ini perlu mengambil peluang daripada projek pembangunan di pekan baharu itu kelak.

“Para pengusaha yang berminat untuk membuat pelaburan dan membangunkan industri mereka di kawasan luar bandar boleh mendapatkan maklumat serta kerjasama daripada pejabat-pejabat daerah di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Radin turut membuat lawatan ke atas seorang pesakit angin ahmar, Terrence Thomas Lakai, 42, di rumahnya di Kampung Mas Selapong, Melalap di sini.

Komen


Berita Berkaitan