Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

USAHAWAN BUMIPUTERA PERLU KAJI KEPERLUAN DALAM PERNIAGAAN-TAWFIQ

Foto By : Sultan Ruddin
Foto By : Sultan Ruddin

TAWAU, 17 Jan : Usahawan Bumiputera perlu mengkaji dan menganalisis keperluan dalam perniagaan agar setiap wang ringgit yang dibelanjakan mampu mendatangkan pulangan lumayan, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, kajian itu sangat penting kerana kedudukan kewangan adalah faktor yang memastikan sama ada perniagaan seseorang usahawan itu dapat dimajukan atau sebaliknya.

“Saya berharap usahawan Bumiputera dapat merancang perniagaan dengan baik agar mereka boleh menjadi usahawan yang cemerlang dan mampu bersaing dengan usahawan bukan Bumiputera,” katanya ketika merasmikan sebuah kedai emas di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, Tawfiq berkata usahawanan Bumiputera juga perlu belajar tentang ilmu perniagaan daripada usahawan yang bejaya.

“Jangan malu untuk belajar atau bertanya, kerana usahawan yang berjaya perlu melalui pelbagai proses pembelajaran sebelum mencipta kejayaan kerana tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembukaan lebih banyak kedai emas di daerah ini khasnya milik Bumiputera mampu menjadi contoh dan motivasi dalam kalangan usahawan Bumiputera yang lain.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan